I FOLLOW U FOLLOW

Sunday, January 29, 2012

SIKAP

sekembalinya PS dari key-ell tempoh hari, dapat la PS berehat sehari di rumah. Hari raya cina PS kena standby di kilang. Sebagai pekerja yang rajin, PS masuk jugak la kerja. Tapi ternyata ianya hanyalah satu niat murni yang disertai dengan langkah kiri. Ada kebakaran berlaku di kilang pada malam sebelumnya. PS ingat condition tak berapa teruk, tapi rupanya sangkaan PS ternyata meleset. Chet! Terpaksa la kerja keras selama dua hari dua malam. Abis segala plan PS untuk berhibernasi di rumah sempena Tahun Baru Cina.

OK habis satu bab. Itu sebagai intro je. Nak bagitau yang PS ni sibuk. Hahahaha. Yang PS nak cakap sebenarnya pasal sikap member2 kita. tak kisah la kawan di alam nyata, di alam maya, atau di alam fana cinta sekalipun.

Penah tak bila kita cakap pasal naik gaji atau dapat bonus, ade je member2 yang pantas reaksinya trus menaip menghantar komen di wall kita. Masa ni la ramai yang nak jadi ustaz/ustazah. Macam2 nasihat mula terpapar di komen2 yang ditulis. Rezeki kena kongsi la, belanja kawan2 tu kira beramal la, buat amal jariah la. Tak payah la nak nasihat segala bagai. Time ni baru nak nampak yek. Time korang naik gaji atau dapat bonus, ade ingat kat member2? Puiii.. Baik belanja family atau bagi kat parents duit tu. Lagi bagus simpan buat pegi Haji atau simpan untuk kawin. Bukan nak bersikap kedekut, tapi member2 macam ni time senang je baru nak nampak. Time kita susah, ntah wujud ke tak diorang ni.

Stail PS, duit tu hak sendiri nak guna macam mana. Tak payah nak mintak2 belanja ke ape. Kalau ada niat nak belanja, tak payah mintak pun akan dibelanja jugak. Sebab tu PS jarang mintak member nak belanja2 ni. Kalau ada pun gurau2 je. Takde nak mintak serius2. Ini tidak, mintak segala bagai, bila tak dapat nak emo2.. Pegi mati laa..

#agak2 dah berapa banyak duit simpanan PS ye? *adoi*

Thursday, January 12, 2012

Jari Kembali Menaip

agak2 dah beberapa purnama merindu PS tak update blog nih. Kalau Siti Nurhaliza nyanyi lagu purnama merindu tu pun, boleh kena kanser anak tekak sebab nyanyi tak henti2.. haha..

PS rasa PS nak kembali berblogging.. Sejak duduk kat opis dengan kemudahan internet yang digunakan sebaik-baiknya (ok tipu!), ada la peluang PS nak update blog kan.. mana la tahu, kot2 para2 boss bukak bace ke.. tak ke boleh menyumbag kepada kenaikan pangkat nanti.. hahaha

sekarang dah tahun 2012, tahun depan 2013, tahun lepas tu 2014, 2015, 2016, bla bla bla.. umur dah semakin meningkat naik macam naik escalator kat shopping complex.. yelah kan, mane ade orang cakap umur meningkat turun ye dak? hahaha! masalah negara macam2 dah berlaku, cuma masalah yang lagi besar dari masalah negara mahupun masalah dunia adalah, "bila PS ni nak kawin?" tadaaa!! soalan cepumas untuk diri sendiri!! haha.. memandangkan tabii soalan yang ditanya hendaklah ada jawapannya, maka dengan ini PS mengisytiharkan, PS akan mendirikan rumah tangga bila masa dah sampai nanti!! hahaha!! (suspen kan?)

PS bahagia dengan kehidupan PS sekarang.. bahagia hidup dengan orang-orang di sekeliling PS umpamakan hidup di hospital bahagia tanjung rambutan.. kenapa orang panggil tanjung rambutan eh? kenapa bukan tanjung langsat ke, tanjung kedondong ke, tanjung jambu batu ke, tanjung durian belanda ke? kenapa mesti tanjung rambutan?? persoalan inilah yang kita perlu jawab sekarang.. (ok merepek)

minggu depan PS nak ke key-ell katenye.. ade program sikit.. seminggu kot duk sane.. boleh merasa jadi orang key-ell semula.. nak kene prektis cakap bunyi mcam orang key-ell laa.. nanti kalau tersasul xde la nak mintak order "air nyok" pulak kan.. haha..

oklah, nak gi prektis cakap key-ell nih.. bak orang putih kata, prektis mek perfek.. see yaa!!

Saturday, April 2, 2011

Chef Arif Beraksi

*ok tajuk agak perasan*

hari ni hari sabtu
hari tak keja
jadi boleh duduk umah berlepak bermalas-malasan
haha

tengok macam nak hujan
malas nak keluar cari makan sbb takut kena hujan
jadi ambik keputusan untuk masak
nak tau masak apa?
tengok la kat bawah nieee



ayam masak halia terlebih kuah


telur bungkus daging


ribena + 'telur katak' berais


alhamdulillah
kenyang walaupun simple

Wednesday, March 23, 2011

cara masak megi

disebabkan hari ni hujan (tiap2 hari hujan), maka aku malas nak keluar cari makanan kat luar..
so aku decide ntuk masak megi dengan goreng sosej yang ade dalam fridge tuh..

sebut pasal masak megi, hari ni aku try buat eksperiment sket..(bukan eksperimen kat lab tuh)

1. masa sekolah dulu, masak megi guna air panas dari water cooler @ jug kettle jek.. caranya letak megi dengan perencah die dalam bekas, pastu tuang air panas dan tunggu sampai megi kembang..pastu boleh makan dah.. tapi aku x berapa suka cara ni sbb megi x lembut..rasa lagi keras2 dia..

2. bila duk kat umah, masak megi kat dapur.. caranya tumis bawang merah sampai perang, pastu masukkan semangkuk air, letak perencah megi dan biarkan mendidih.. lepas tu masukkan megi dan pecahkan sebiji telur kedalam.. tunggu sampai mendidih dan megi lembut.. hasilnya, sedap! sbb megi masak dengan secukupnya!

3. yang ni cara yang aku baru eksperimen tadi..aku masak megi kari.. selalu aku masak ikut yang no 2 tuh.. tapi hari ni aku nak ubah sikit step dia.. caranya, tumis bawang merah sampai perang, sebelum masukkan air, masukkan perencah kari tu terlebih dahulu bersama bawang yang digoreng tadi.. tumis sikit, baru letak air.. biar mendidih, masukkan megi dan pecahkan sebiji telur.. hasilnya: MARVELLOUS!! rasa kari tu lebih sedap! mgkin sbb ditumis terlebih dahulu..

lepas ni haruslah aku masak megi guna cara no 3 tuh.. lebih sedap..
kepada yang nak mencuba.. selamat mencuba!!

mamat bajet hensem buat header guna gambar sendiri

mungkin ada yang tak berapa senang dengan header blog nih..
mesti ada yang cakap "mamat ni bajet hensem ke ape letak gambar sendiri jadi header"
dan mungkin ada yang muntah2 hijau, berdarah mata tengok header aku tuh..

tapi...

kalau korang tak suka, tekan je close tab @ close browser korang..
aku tak paksa tengok pun..
aku cuma bersyukur dengan diri sendiri...

sekian...