I FOLLOW U FOLLOW

Wednesday, August 18, 2010

Update Untuk Sebulan

Serius dah lama x update. Serius. Bukan taknak update. Tapi sibuk. Busy. Ok. Entry kali ni nak cakap pasal semua yang berlaku sepanjang tempoh aku x update. Lebih kurang sebulan yang lepas. Ya, sebulan.

Sepanjang fasa kedua bulan julai xde apa2 yang menarik berlaku. Paling best pun dapat gaji. Ya, gaji. Gaji yang pertama. Tapi dah abis. Jangan nak meminta2 aku belanja korang. Aku boleh belanja. Tapi bayar guna daun. Agak2 orang kedai tu nak terima tak? So kalau agak2 diorang x terima, jangan nak mintak aku belanja.

7 Ogos 2010. Tarikh yang takkan dilupakan. Perkara paling besar yang berlaku pada tahun ni jatuh pada bulan ogos. Ya, ogos. Bulan yang menyaksikan aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Walaupun dapat skrol kosong je. X da isi kat dalam. Kecuali bila memory aku kena delete. Tahniah kepada kawan2 yang bergraduat. Terima kasih kepada family sebab datang pada hari tu. Semua datang. Terima kasih sangat2.

11 Ogos 2010. Hari pertama Ramadan. Maksudnya hari pertama puasa. Tahun ni dah masuk tahun ke-8 aku berpuasa di perantauan. Tahun2 sebelum ni aku berpuasa sebagai seorang student. Tahun ni aku berpuasa sebagai seorang pekerja. Tak ada beza. Cuma tahap keletihan tu lebih sikit. Tiap2 tahun berbuka bersama kawan2 ataupun sorang2. Kebiasaannya aku hanya dapat berbuka puasa bersama keluarga pada hujung2 puasa. Sebab aku balik kampung untuk raya.

12 Ogos 2010. Cukup sebulan aku kerja. Banyak benda dah dipelajari kat sini. Sangat banyak. Tiap2 hari ada benda baru yang dipelajari. Tambahan pula sekarang ni program CPDP dah start, so lagi banyak kerja dan ilmu yang akan dapat. Dan lebih organized. Lebih dari 30 assignment yang perlu disiapkan sebelum Disember. Masa sangat terhad. Perlu manfaatkan masa sepenuhnya.

15 Ogos 2010. Mendapat berita baik dari rumah. Arisya (anak sedara) sekarang dah jadi kakak. Kakak iparku dah selamat melahirkan sepasang kembar. Lelaki dan perempuan. Tahniah kepada abang dan kakak ipar aku. X sabar nak balik rumah. Nak tengok ahli keluarga baru.

18 Ogos 2010. Hari ni masuk hari ke-8 berpuasa. Setakat ni, semuanya berjalan lancar. Aku pun sudah mula memasak untuk juadah berbuka. Dah boring makan lauk kedai. Sekali sekala boleh juga berbuka beramai2 di luar.

Tak sabar nak tunggu minggu depan. Sebabnya? Tak boleh diberitahu. Tapi tak sabar. Memang tak sabar. Tapi masih kena sabar.