I FOLLOW U FOLLOW

Wednesday, September 1, 2010

Tuesday, August 31, 2010

merdeka, al-ikhsan dan coklat. apakah hubungannya?

Salam Kemerdekaan!! dah 53 tahun Malaysia merdeka.

ok. bersempena hari merdeka hari ni, gua nak cerita sikit pasal aktiviti gua hari ni. secara puratanya, hari gua hari ni sangat extreme punya bosan. tahap bosan tu kalau boleh ukur guna pembaris plastik boleh lentur yang pendek tu, mau seratus batang pun x cukup. disebabkan semalam gua pergi berbuka kat hotel, maka hari ni gua tak bangun sahur. bukan sengaja, tapi gua pun tak tau kenapa. selalu tiap2 pagi gua sedar bunyi alarm henset gua tu, tapi pagi ni gua xdengar langsung. apakah gua telah tidur tahap x sedarkan diri atau tangan gua dah standby ready kat button off bila alarm tu berbunyi. tapi x kisah semua tu. tak penting. sebab gua dah biasa x sahur.

gua bangun pagi macam hari2 biasa nak pegi kerja. tapi sebab hari ni public holiday, gua bangun je terus jari tekan butang on kat laptop. pepagi buta dah start nak surfing. tapi bila dah online, hampeh. takda sekor manusia pun kat fb gua yang online. semua masih tidur sebab semalam sambut merdeka sambil tengok bunga api kot. disebabkan kekecewaan takde sape yang online, maka gua amik keputusan untuk sambung tido balik.

jam dah sipi2 pukul 12 tengah hari. gua masih membungkang atas katil lagi. gua dah pasang niat nak bangun pegi mandi. tapi tiba2 hujan turun melimpah ruah keatas muka bumi. jadi gua batalkan hasrat nak mandi tu. gua gantikan niat tu ngan tido. dia punya nikmat tido time hujan memang layan. bunyi air hujan kat luar tu macam lagu dondang sayang. tertido lagi gua.

gua bangun semula lebih kurang 1.30. hujan dah berenti. panas terik pulak. sungguh pelik cuaca kat sini. kejap hujan, kejap panas terik, kejap hujan balik. sungguh susah nak buat aktiviti luar time2 macam nih. nak pegi kedai kat simpang tu pun takut, nanti tetibe waktu pegi panas terik, time nak balik hujan. camne?

akhirnya gua bangun jugak dari katil menuju ke bilik air untuk mandi. sampai bila nak membungkang atas katil kan? kalau gua landing atas katil lagi, mau gua tidor untuk round ke patblas. gua bercadang nak pergi kuah untuk beli coklat nak bawak balik raya nanti. sambil2 tu gua nak survey kasut kat al-ikhsan. orang cakap kat al-ikhsan barang2 dia murah sket.

dalam pukul 3.30 camtu, gua capai kunci motor, gua capai helmet, terus gua keluar. matlamat gua hanya dua, nak beli coklat dengan nak tengok kasut. sampai je kat kuah, gua terus masuk kedai al-ikhsan tanpa memikir panjang. gua belek punya belek punya belek, gua buat muka pelik. orang kata al-ikhsan barang murah. jadahnye. gua tengok sama je harga macam kat kedai2 lain kat midvalley tuh. baik NIKE mahupun ADIDAS, harga same je. seb baik gua niat nak survey2 je dulu. tengoklah minggu depan gua pergi lagi dengan niat nak membeli pulak.

keluar dari al-ikhsan, gua masuk kedai jual coklat pulak. gua capai bakul, gua start tengok2 coklat. dekat setengah jam jugak gua pusing2 cari coklat. bakul kat tangan dah nak penuh. cukuplah setakat ni gua bermonolog dalam hati. gua pergi kaunter, gua letak bakul atas kaunter. maka cashier tu pun start la scan coklat2 tu sume. TIT, TIT, TIT, TIT. gua tengok dia scan satu per satu. dah abis seua coklat dalam bakul tu, mata gua tengok skrin kat kaunter tu. TOTAL = 119.60.. mak oii, banyak jugak gua beli. ingatkan x sampai seratus, rupanya lebih pulak. tapi x kisah la. gua beli pun ntuk family jugak. xkan nak berkira kot.

dah seyttle semua gua pun balik la. tunggu ape lagi. dah penat kot. sampai umah, gua simpan semua coklat2 tu dalam peti ais. perghh, nak penuh peti ais gua. dah x boleh nak letak barang2 lain dah. tapi xpe la, seminggu je pun. nanti kosong le balik. gua boleh isi la ape yang gua nak isi lepas tu.

ok gua dah penat nak menaip. kalau la laptop ni canggih. xyah taip. cuma pikir je. dia akan taip sendiri. ni tak, nak kene pikir ngan taip dalam satu masa. penat tuh. maka baik gua berhenti sebelum gua mengalami keletihan yang amat. nanti bila tenaga gua dah pulih, gua buat cerita lain pulak.

Sunday, August 29, 2010

New Look

nak raya. blog kena tukar wajah. tukar layout. tukar langsir. tukar segala. nanti baru ramai orang datang beraya. bagi duit raya. makan kuih raya. ni langsir baru jahit tadi.



**sbnrnya dah xda keja nk buat........

HDR Effect

ok. sebenarnya dari dulu lagi nak belajar buat HDR effect nih. tapi dulu malas. sekarang rajin. so sekarang baru buat. gambar mula2 ni macam x berapa nak jadi. sbb 1st try. gambar2 lepas tu dah expert sket. so tengok je la. mekasih.