I FOLLOW U FOLLOW

Saturday, April 2, 2011

Chef Arif Beraksi

*ok tajuk agak perasan*

hari ni hari sabtu
hari tak keja
jadi boleh duduk umah berlepak bermalas-malasan
haha

tengok macam nak hujan
malas nak keluar cari makan sbb takut kena hujan
jadi ambik keputusan untuk masak
nak tau masak apa?
tengok la kat bawah nieee



ayam masak halia terlebih kuah


telur bungkus daging


ribena + 'telur katak' berais


alhamdulillah
kenyang walaupun simple

Wednesday, March 23, 2011

cara masak megi

disebabkan hari ni hujan (tiap2 hari hujan), maka aku malas nak keluar cari makanan kat luar..
so aku decide ntuk masak megi dengan goreng sosej yang ade dalam fridge tuh..

sebut pasal masak megi, hari ni aku try buat eksperiment sket..(bukan eksperimen kat lab tuh)

1. masa sekolah dulu, masak megi guna air panas dari water cooler @ jug kettle jek.. caranya letak megi dengan perencah die dalam bekas, pastu tuang air panas dan tunggu sampai megi kembang..pastu boleh makan dah.. tapi aku x berapa suka cara ni sbb megi x lembut..rasa lagi keras2 dia..

2. bila duk kat umah, masak megi kat dapur.. caranya tumis bawang merah sampai perang, pastu masukkan semangkuk air, letak perencah megi dan biarkan mendidih.. lepas tu masukkan megi dan pecahkan sebiji telur kedalam.. tunggu sampai mendidih dan megi lembut.. hasilnya, sedap! sbb megi masak dengan secukupnya!

3. yang ni cara yang aku baru eksperimen tadi..aku masak megi kari.. selalu aku masak ikut yang no 2 tuh.. tapi hari ni aku nak ubah sikit step dia.. caranya, tumis bawang merah sampai perang, sebelum masukkan air, masukkan perencah kari tu terlebih dahulu bersama bawang yang digoreng tadi.. tumis sikit, baru letak air.. biar mendidih, masukkan megi dan pecahkan sebiji telur.. hasilnya: MARVELLOUS!! rasa kari tu lebih sedap! mgkin sbb ditumis terlebih dahulu..

lepas ni haruslah aku masak megi guna cara no 3 tuh.. lebih sedap..
kepada yang nak mencuba.. selamat mencuba!!

mamat bajet hensem buat header guna gambar sendiri

mungkin ada yang tak berapa senang dengan header blog nih..
mesti ada yang cakap "mamat ni bajet hensem ke ape letak gambar sendiri jadi header"
dan mungkin ada yang muntah2 hijau, berdarah mata tengok header aku tuh..

tapi...

kalau korang tak suka, tekan je close tab @ close browser korang..
aku tak paksa tengok pun..
aku cuma bersyukur dengan diri sendiri...

sekian...

Sunday, March 20, 2011

glowing lines

tadi masa blogwalking ada terjumpa post pasal buat glowing lines guna adobe photoshop..
dan disebabkan tadi bosan yang teramat walaupun tv terbukak tp x tengok sebab nak bazir letrik, maka saja2 cuba try test buat glowing lines nih..
mula2 pening jugak, tapi tgk video tutorial tu buang patplohnam kali, last2 paham la jugak..
dan ni la hasilnya..
maaf, saya tidak kreatif untuk buat bentuk2 yang menarik..

Saturday, March 19, 2011

SMS Mesti Happy!

Yang, sedang buat apa? Nak tengok gambar / video bikini saya? (18SX)
Senang je, SMS ON AMIA hantar ke 33766. Mesti Happy!

ape kejadah ari ni saje aku dapat 4 kali SMS nih!
waddefishtank!
jangan sampai aku buat report kat kementerian komunikasi, air dan tenaga.

belokwalking

disebabkan mata den ni gatei sangat nak celik awal, mako den nak buek misi sikit pagi nih..
misi den nak bukak mano2 blog yang best2..
pehtu den nak jadi follower..
kiro macam blogwalking la..
bolih den kiro sbgai exercise..



macam xdo kojo kan bunyik eh?
ado den kisah?

PiSANG SALAi: Setahun Kemudian

PiSANG SALAi: Setahun Kemudian

Setahun Kemudian

anda masih ingat gambar nih?



kalau x ingat, sila refer kepada post nih ATTITUDE TEST LAFARGE!

gambar kat atas tu diambil kira2 setahun yang lepas..
dan gambar kat bawah ni diambil kira2 setahun kemudian..


ape bezanya antara 2 gambar nih?
gambar mula2 diambil sebelum aku bekerja dengan lafarge..
time tu nak amik test untuk interview..

gambar kedua diambil masa aku dah bekerja dengan lafarge..
time ni last day building foundation..

**rasanya dulu mcm berisi sikit..sekarang ni makin kurus.. -_-

my 100th Post!!



alahaiiii... dah lama x update.. sian lah blog ni dah diabaikan..
dan aku baru sedar...
aku stop menge-post pada post yang ke 99!!
maka maksudnya post kali ini adalah post yang ke 100!!



yiehaaaa...
ariibaaa...
walaupun xde ape nak tulis..
tapi nak tulis jugak..
janji dapat buat post yang ke 100!!