I FOLLOW U FOLLOW

Monday, January 18, 2010

terbangunku dari tidur

jam menunjukkan pukul 6 pagi.. aku terbangun dari tidur.. kenapa? kerana aku termimpikan sesuatu..

*******

lately aku selalu mimpikan benda pelik2.. ya, aku tahu mimpi adalah mainan tidur.. tapi aku tidak selesa dengan permainan ini..

*******

mimpi yang pertama.. aku mimpi ada tiga orang yang aku kenali meninggl dunia akibat nahas jalan raya.. tetapi aku hanya ingat dua orang sahaja.. orang yang ketiga aku tidak dapat ingat dengan jelas.. mangsa pertama adalah salah seorang kawan aku di UM ni.. mangsa kedua adalah sedara mara aku.. yang ketiga tidak dapat dipastikan..

*******

mimpi yang kedua.. aku termimpi kawan aku semasa di sekolah yang telah meninggal dunia datang kepada aku.. suasana di dalam mimpi adalah seperti di kawasan sekolah.. pada ketika itu, aku dan dia seolah2 sudah tahu bahawa dia akan meninggal dunia tidak lama lagi.. jadi dia menasihati aku.. kata2 dia bunyinya lebih kurang begini..

dia: hang tau apa akan jadi kat aku nanti?
aku: ya..aku tau..kesian hang..
dia: x payah nak kesian arip, kesiankan diri hang dulu.. hang sekarang dengan sesiapa tak??
aku: aku xda sesapa la ni.. lain la macam hang, ada jugak orang nak..
dia: ada orang nak pun, tapi kalau dia sendiri yang bunuh aku, takda guna jugak..
aku: (diam seribu bahasa)
dia: jadi sekarang aku nak cakap, kalau hang ada sesapa nanti, hang jagalah dia betul2.. hargailah dia betul2.. sebab kita taktau apa yang akan jadi kat kita..

lalu aku terjaga dari tidur.. hanya pesanan itu yang aku dapat dari dia..

*******

sesetengah mimpi mempunyai maksud tersendiri.. tetapi aku tak tahu apa maksud mimpi aku ni.. adakah betul2 hanya mainan tidur atau ianya mempunyai maksud sesuatu.. adakah ianya melibatkan hidup dan mati aku ataupun sesiapa yang aku kenali? wallahualam...

**mungkin ramai akan cakap aku tidur x cuci kaki, tapi bukan setakat cuci kaki, aku 2-3 hari ni mandi dulu sebalum tidur.. nak tidur siap baca doa tidur lagi.. walau apa jua maksud mimpi tersebut, aku harap aku bersedia menghadapinya..

4 comments:

Fatihah said...

sy bace dgn berdebar2...x tau knape...hmm...doa la byk2 k...

arif mohamad said...

yup..that goes same for me.. serius ade rase x sedap hati..

sham said...

takut nye mimpi ko rep! klu aku jd ko, aku dah xnak tido.. takut mimpi ngeri lg..

Fatihah said...

melampau sham x nk tdo...huhu...^^