I FOLLOW U FOLLOW

Sunday, December 27, 2009

Bila Anda Marah

MARAH!
sape x penah rasa marah? or sape xtau marah tu ape? makanan kah? ataupun marah itu adalah sejenis haiwan? aku yakin semua orang tahu dan pernah rasa marah kan? so x perlu la aku explain dari A-Z marah tu ape. HeHeHe.. :)

macam2 benda boleh buat orang rasa marah, itu perkara biasa. yang agak luar biasa adalah apa yang orang buat bila rasa marah? meh tgk apa aktiviti2 menarik yang penah dibuat orang bila diorang marah.

1. makan: cara yang sungguh tidak sihat. anda boleh gemok. tapi perot anda akan kenyang. juga mengembang. mungkin pengamal cara ini merasa marah itu adalah makanan yang perlu dimakan sehingga tidak boleh makan lagi dan apabila sudah dihadam makanan itu akan keluar dan dilupakan begitu sahaja.

2. melalak dan memekik: cara ini akan membuatkan orang2 disekeliling beliau merasa amat annoyed dengan tingkah laku beliau. pelaku mungkin memikirkan marah itu boleh dilepaskan dengan melalak dan memekik sekuat2 hati tanpa menghiraukan alam sekeliling. bagi beliau marah itu umpama gelombang bunyi yang akan hilang begitu sahaja apabila dihasilkan.

3. menangis: old fashioned way. meskipun cara ini dimonopoli oleh kaum wanita, namun ada juga segelintir masyarakat lelaki yang mengamalkan cara ini. bukan x bagus bila menangis, tapi macam rugi air mata je. tahu la free, tapi jangan la membazir. mungkin bagi mereka marah adalah umpama air mata yang akan mengalir apabila berlaku sesuatu dan akan kering setelah beberapa ketika.

4. pergi jalan2: an interesting way, tapi payah la. kalu seminggu 2-3 kali rasa marah, jenuh pulak nak jalan tiap2 hari. boleh diaplikasikan kalau wang simpanan sentiasa ada di dalam akaun bank islam, CIMB mahupun maybank. para pemarah mungkin rasa bila pergi jalan2, tengok tempat cantik2 dan indah2, tgk orang cantik2 dan indah2 juga, rasa marah itu boleh dilupakan. umpama meninggalkan perasaan marah itu di tempat yang dilawati. kesian marah tu~

5. membebel: sangat makcik2. yang ni semua orang penah tengok kan. kat mana? kat rumah korang la. wut will ur mum do if u ave done something yang buat ur mum marah? ofcoz diorang akan membebel kan. kajian masih belum dapat membuktikan bahawa dengan membebel, perasaan marah itu akan hilang. tetapi kajian mendapati marah itu tidak hilang sebenarnya, tetapi marah itu telah berpindah kepada orang yang dibebel tersebut. so this is the way untuk buat orang lain marah bila anda marah.

6. mencederakan diri: haih, sungguh tidak berotak walaupun sebenarnya dia ada otak. buat apa nak cederakan diri sendiri, wat sakit dikemudian hari je. daripada toreh2 or potong2 tangan tu, alangkah baiknya gi potong rumput kat depan rumah tu. ada gak pekdahnya.

7. mencederakan orang: mangsa yang dicederakan selalunya adalah pencetus kemarahan tersebut. kira macam nak kasi pembalasan la. dan mahu tunjuk bahawa diriku adalah hero. jangan main2 dengan aku. what u give, u get back (ade kene mengene ke?). kalu lelaki extreme sikit cara mencederakan tu, tapi kalu pompuan tu more to tarik2 rambut dan pukul dengan kasut tumit tinggi setinggi 6 inci.

8. diam seribu bahasa: cara ini mudah dilaksanakan dan tidak memberi effect kepada alam sekitar. tapi orang2 sekeliling akan menjadi takut dan ragu2 untuk menegur anda. kerana silap hari bulan, makan penampar ataupun layangan kaki hinggap di tengah belakang anda. selalunya apabila diam, orang tidak akan menegur ataupun bertanya apa2 kepada anda. unless anda yang mula untuk bercakap dahulu.

9. tidur: cara yang paling cool. marah itu umpama rasa letih yang hanya boleh hilang dengan berehat dan tidur. jimat duit dan tidak mencemarkan alam sekitar. sebaik sahaja bangun dari tidur, penat atau marah itu hilang begitu sahaja. namun kesan2 akhir masih ada umpama kesan2 air liur basi yang meleleh. namun boleh dicuci dan dihilangkan dengan mencuci muka.

10. berwuduk: cara yang paling digalakkan. dengan berwuduk hati akan menjadi tenang dan perasaan marah itu akan hilang (InsyaAllah). secara automatik (bukan manual) anda akan mendekatkan diri dengan Allah dan melupakan perasaan marah tersebut.

Jadi mana satukah cara anda meluahkan perasaan marah anda? setiap orang ada cara marah tersendiri. ikut keselesaan masing2 la kan. ape2 pun marah itu x bagus, senyum dan bersabar itu lebih bagus.

**cara aku marah adalah no. 8.. anda bagaimana?

2 comments:

irah_K said...

aku nye takde dlm senarai, eh ade2, tp ade yg kena tmbh..mendenga lagu sekuat2 nye, untuk memekakkn telinge..hahahha

arif mohamad said...

hahaha..macam2.