I FOLLOW U FOLLOW

Wednesday, December 8, 2010

Tagging!!

1. Adakah Anda Rasa Anda Hot?
sejujurnye => kdang2 saye rase saye hot! tapi selalunye rase tak hot!

2. Update Wallpaper Anda Gune Sekarang


3. Cerita Pasal Gambar Ini?
gambar ni diambil masa makan kat restoran kat pantai cenang
sebenarnye gambar ni adalah lampu2 yang ada kat restoran tuyang diambil secara blur

4. Kali Terakhir Makan Pizza ?
masa balik raya haji aritu

5. Lagu Terakhir Anda Dengar?
1. lagu Lafarge Malayan Cement (baru lepas meeting tadi)
2. Nadiku by Sabhi Saddi

6. Apa Yang Anda Buat Selain Selesaikan Tag ni?
berlakon kunun2 tengah buat assignment! hahaha =P

7. Selain Nama Sendiri, Anda Dipanggil Dengan Nama Ape?
sila refer entry sebelum ni
klik kat sini pun boleh

8. Tag Lagi 5 Orang
itter
haris
naim
sham
mazila

9. Siapa Orang Nombo 1 Dengan Anda
die besfren saye
die sangat gile orangnye

10. Katakan sesuatu Pada Orang Nombo 5
cik ila!! sudah lama tidak ketemu!
bila mau kawen??

11. No 3 Ade Hubungan Dengan Sape?
entahle
tak penah tahu pun awek die sape

12. Bagaimana pula dengan nombo 2?
pun tak tahu jugak

13. Kata² cinta pada orang nombo 4?
weh! rindu giler same ko! hahahaa =P

14. Berikan 4 Fakta Yang Anda Tahu Tentang Orang Yang Anda Tag?
itter: sorang yang ganas macam lelaki,tapi dalam hati ade taman
haris: die main kompang
naim: die penah menghilangkan diri selama hampir 24jam
sham: die ade kamera Nikon D60


WOKEYH!! saya sudah siap menjawab!!

Sunday, November 28, 2010

NAMA

i got 3 names and i used it all

sepertimana yang sedia maklum, nama aku Nor Arif Syafiq Bin Mohamad (kepada yang baru tau tu, tahniah la yeh)..

kalau kat umah, family panggil SYAFIQ @ PITT...
dari kecik memang tu la nama aku, sampai skang..

bila masuk sekolah, cikgu2 dan kawan2 panggil ARIF..
nama arif ni digunakan start dari tadika, sampai la masuk unibersiti..

skang ni bila dah masuk alam pekerjaan, orang panggil aku NOR ARIF...
itu nama official aku kat opis, sebab xnak bagi kompius ngan arif yang lagi satu..

dan kat fesbuk, aku menggunakan nama ARIF MOHAMAD...
pernah terpikir nak guna nama SYAFIQ MOHAMAD, tapi nanti2 la tukar...

so kalau kat umah @ ngan sedara mara, kalau cakap nama ARIF, memang orang akan kompius jap, sbb nak kena pikir sapa nama arif..
kalau ngan kawan2, kalau orang carik nama SYAFIQ, memang majoriti xkan kenal..
dan kalau kat tempat keja, kalau sebut ARIF, memang orang akan tanya yang mana satu..

Thursday, November 25, 2010

Berani Kaw Tag Akuh!

kepada enchek Naim..
Terima kasih la Tagged aku yekk..
buat susah2 je..

Disebabkan skang waktu lunch break, maka aku merajinkan diri jawab soalan2 neh sume..
*penat*

1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?
banyak neh.. nak senaraikan ke?

2. Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
TV dan Astro..

3. Di mana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
nak buat kat tepi laut Mediterranean boleh? tema = pakaian duyung~ ahaks!

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
bercinta dengan.............................................. *penat pikir dgn sape*

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
dengan kekasih x lama kot..sbb pastu kekasih jadi bini, so mencintai bini pulak..hahaha =P

6. Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
The Vampire Diaries => dah setahun, tapi x abis2 bace lagik.. haha..

7. Antara mak ayah korang, mana yang korang lebih mesra?
ngan mak.....

8. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
nak jumpe sape ek?? nnti la jawab boley??

9. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
basuh ngan mesin basuh consider basuh sendiri x? haha.. kalau ye, so YES la jawapannye!

10. Di manakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
nak pegi ISS..

11. Pilih salah satu, peluk atau cium?
due2 salah! *kalau blom kawen*

12. Beritahu 1 bende tentang orang yang tag anda *soalan dah dimodify sket*
die penah menghilangkan diri selama hampir 24 jam, seb baik x cukup 24 jam, kalu x kitorang dah nak buat report pulis dah..

13. 5 lagu yang korang suka dan selalu dgr
inikah cinta, kalau berpacaran, my baby you, what you waiting for, lagu negaraku *musim sukan asia nih*

14. Blogger yang dipertanggung jawabkan utk menjawab tag ini??

Sekian Terima Kasih!

Wednesday, November 24, 2010

Sudah 4 Bulan Rupenye

holla!


Dalam Office

entry kali ni aku nak cite sket ape keje2 aku kat sepanjang 4 bulan aku keje kat LAFARGE nih..
seblom tu meh aku citer sket ape designation aku..
aku telah di-offer jawatan Assistant Engineer: Electrical & Instrumentation, which means keje2 aku melibatkan kerja2 electrical dan juga instrumentasi (devices & programming)..
so far job scope aku more focused on Gas Analysers dan jugak instrumentations..
Gas analyser tu sejenis equipment yang measure level gas seperti O2, CO, NOx, CO2...
Instrumentations tu plak macam keje2 penukaran probe dan calibration...

Apart from daily works, aku ade keje lain sebenarnye..
Aku masuk Lafarge ni atas Lafarge Young Engineer Programme..
Bila dah nama pun program, maka ada la task2 @ assignments yang aku kene buat..
Program ni mengambil masa approximately 16 months untuk aku graduate..
Program ni dipanggil Cement Professional Development Program ataupun shortformnya CPDP dan program ni ada beberapa stages;
1. Exploraid
2. Building Foundation (BF)
3. Dig In
4. Building Performance (BP)
kesemua stages ni perlu disiapkan dalam masa 16 bulan tu (until Disember 2011)..


ini la buku assignment 34 soalan tu

buku ni plak seboleh2 kene khatam

Untuk Exploraid, kitorang kene siapkan total 34 assignments dalam masa 4 bulan..
Untuk BF, akan dijalankan di Head Office dalam bulan Januari 2011..
Untuk Dig In, setiap orang kene handle satu project which means kitorang kene jadi project leaders dan perlu disiapkan sebelum Disember 2011..
Untuk BP, akan dijalankan di Head Office selama beberapa hari dalam bulan Disember 2011..


inilah senjata aku setiap hari..hehehe


ini plak orang panggil RADIO!
~walkie-talkie sebenarnye~

so itu la keje aku sepanjang 4 bulan kat sini..
kat sini (dan kat plant2 lain) sume orang same je..
pakai baju same, seluar same, kasut same, safety helmet same, google same, buku nota pun same!
so xyah pikir esok nak pakai baju ape, xyah pikir nak beli baju baru tiap2 bulan buat nak pegi keje..
senang kan!

awak name ape?

awak name ape?

Answer here

Monday, November 8, 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/arifmohamad

wehuuuuuu~~

hokay! dah 2 bulan x hapdet blog neh
sian pulak nengoknye
nak buat cane kan
xde idea kreatif
asik keje je
mane la idea nak bercambah
*nak cakap aku keje rajin sbnrnye*
hahahaha

well, dah almost 4 bulan aku keje kat sini
kat pulau langkawi nih
semuanya berjalan lancar
*duit pun keluar lancar je*
hehehe

kalau orang tanye duk langkawi dah pegi mane dah?
jawapan aku: tak pegi mana2 pun!
nama je duk langkawi
tapi tempat pelancongan satu pun x pegi lagi
setakat pegi jalan2 tepi pantai tu ade lah
itu pun sekali je
*sedih kan*

orang asik tanya aku
bila nak beli kete?
aku jawab: nanti2 la, tahun depan baru beli
naik je keta Honda City kawan aku tu sampai jemu
nanti dah jemu boleh naik kete lain lak
hahaha

minggu depan raya haji
so maknanya aku boleh balik kampung
yatta!
dah lama x balik
last balik pun time hari raya hari tu
nama je duk dekat
tapi nak balik rasa jauh jugak
nak kena naik teksi la, feri la, bas la
baik duk KL
naik bas sekali je direct sampai depan taman umah aku
xyah nak tukar2 transport dua tiga ploh kali
huhuhuhuhuhu

skang ni ngah musim nak berjimat cermat
nak kumpul aset untuk masa hadapan
nak beli keta
nak beli rumah
nak beli tanah
nak beli orang
*hahahaha*

okeh, masa untuk sambung bekerja
dah la buat blog time keja
isk3
apa nak jadi nih

Wednesday, September 8, 2010

Hadiah Buat Diri Sendiri


aikk..ada kotak misteri lagi



macam pelik je kotak ni..ape isi dalam die ek??



aikk.. siap berbungkus plastik pulak...



aha! ape tuh?? macam kenal jekk..



wah!! segaknye huruf2 tu..



belakang pun sehmat jugak



oh!! ini package yg datang skali dengan mende alah tu



oho!! ni la nama dia rupenye..


hihihi.. ok la.. ni hadiah yang diberi oleh diri aku sendiri sempena graduasi aku bulan lepas.. aritu x sempat nak beli hadiah..so postponed bagi bulan ni.. boleh jugak dikira sebagai hadiah raya.. pakej included la kirenye.. hahaha..

** sham, amacam?? kacak x nih?? cukup terbakar x?? hohoho

Sunday, September 5, 2010

The Brand with 3 Stripes


eh? kotak ape pulak nih??



kotak harta karun kot???



jom tengok ape ade dalam kotak nih



eh?? ape nih???



ohhh.. kasut rupenye.. kacaknye mereke..


**sham, ni baru intro sikit sesi bakar membakar kawan2.. tunggu episod yang akan datang untuk sesi pembakaran yang lebih dahsyat!! hehehe

Kad Raya versi digital dan buatan sendiri

kepada semua pembaca



sekian terima kasih

Wednesday, September 1, 2010

Tuesday, August 31, 2010

merdeka, al-ikhsan dan coklat. apakah hubungannya?

Salam Kemerdekaan!! dah 53 tahun Malaysia merdeka.

ok. bersempena hari merdeka hari ni, gua nak cerita sikit pasal aktiviti gua hari ni. secara puratanya, hari gua hari ni sangat extreme punya bosan. tahap bosan tu kalau boleh ukur guna pembaris plastik boleh lentur yang pendek tu, mau seratus batang pun x cukup. disebabkan semalam gua pergi berbuka kat hotel, maka hari ni gua tak bangun sahur. bukan sengaja, tapi gua pun tak tau kenapa. selalu tiap2 pagi gua sedar bunyi alarm henset gua tu, tapi pagi ni gua xdengar langsung. apakah gua telah tidur tahap x sedarkan diri atau tangan gua dah standby ready kat button off bila alarm tu berbunyi. tapi x kisah semua tu. tak penting. sebab gua dah biasa x sahur.

gua bangun pagi macam hari2 biasa nak pegi kerja. tapi sebab hari ni public holiday, gua bangun je terus jari tekan butang on kat laptop. pepagi buta dah start nak surfing. tapi bila dah online, hampeh. takda sekor manusia pun kat fb gua yang online. semua masih tidur sebab semalam sambut merdeka sambil tengok bunga api kot. disebabkan kekecewaan takde sape yang online, maka gua amik keputusan untuk sambung tido balik.

jam dah sipi2 pukul 12 tengah hari. gua masih membungkang atas katil lagi. gua dah pasang niat nak bangun pegi mandi. tapi tiba2 hujan turun melimpah ruah keatas muka bumi. jadi gua batalkan hasrat nak mandi tu. gua gantikan niat tu ngan tido. dia punya nikmat tido time hujan memang layan. bunyi air hujan kat luar tu macam lagu dondang sayang. tertido lagi gua.

gua bangun semula lebih kurang 1.30. hujan dah berenti. panas terik pulak. sungguh pelik cuaca kat sini. kejap hujan, kejap panas terik, kejap hujan balik. sungguh susah nak buat aktiviti luar time2 macam nih. nak pegi kedai kat simpang tu pun takut, nanti tetibe waktu pegi panas terik, time nak balik hujan. camne?

akhirnya gua bangun jugak dari katil menuju ke bilik air untuk mandi. sampai bila nak membungkang atas katil kan? kalau gua landing atas katil lagi, mau gua tidor untuk round ke patblas. gua bercadang nak pergi kuah untuk beli coklat nak bawak balik raya nanti. sambil2 tu gua nak survey kasut kat al-ikhsan. orang cakap kat al-ikhsan barang2 dia murah sket.

dalam pukul 3.30 camtu, gua capai kunci motor, gua capai helmet, terus gua keluar. matlamat gua hanya dua, nak beli coklat dengan nak tengok kasut. sampai je kat kuah, gua terus masuk kedai al-ikhsan tanpa memikir panjang. gua belek punya belek punya belek, gua buat muka pelik. orang kata al-ikhsan barang murah. jadahnye. gua tengok sama je harga macam kat kedai2 lain kat midvalley tuh. baik NIKE mahupun ADIDAS, harga same je. seb baik gua niat nak survey2 je dulu. tengoklah minggu depan gua pergi lagi dengan niat nak membeli pulak.

keluar dari al-ikhsan, gua masuk kedai jual coklat pulak. gua capai bakul, gua start tengok2 coklat. dekat setengah jam jugak gua pusing2 cari coklat. bakul kat tangan dah nak penuh. cukuplah setakat ni gua bermonolog dalam hati. gua pergi kaunter, gua letak bakul atas kaunter. maka cashier tu pun start la scan coklat2 tu sume. TIT, TIT, TIT, TIT. gua tengok dia scan satu per satu. dah abis seua coklat dalam bakul tu, mata gua tengok skrin kat kaunter tu. TOTAL = 119.60.. mak oii, banyak jugak gua beli. ingatkan x sampai seratus, rupanya lebih pulak. tapi x kisah la. gua beli pun ntuk family jugak. xkan nak berkira kot.

dah seyttle semua gua pun balik la. tunggu ape lagi. dah penat kot. sampai umah, gua simpan semua coklat2 tu dalam peti ais. perghh, nak penuh peti ais gua. dah x boleh nak letak barang2 lain dah. tapi xpe la, seminggu je pun. nanti kosong le balik. gua boleh isi la ape yang gua nak isi lepas tu.

ok gua dah penat nak menaip. kalau la laptop ni canggih. xyah taip. cuma pikir je. dia akan taip sendiri. ni tak, nak kene pikir ngan taip dalam satu masa. penat tuh. maka baik gua berhenti sebelum gua mengalami keletihan yang amat. nanti bila tenaga gua dah pulih, gua buat cerita lain pulak.

Sunday, August 29, 2010

New Look

nak raya. blog kena tukar wajah. tukar layout. tukar langsir. tukar segala. nanti baru ramai orang datang beraya. bagi duit raya. makan kuih raya. ni langsir baru jahit tadi.



**sbnrnya dah xda keja nk buat........

HDR Effect

ok. sebenarnya dari dulu lagi nak belajar buat HDR effect nih. tapi dulu malas. sekarang rajin. so sekarang baru buat. gambar mula2 ni macam x berapa nak jadi. sbb 1st try. gambar2 lepas tu dah expert sket. so tengok je la. mekasih.





Wednesday, August 18, 2010

Update Untuk Sebulan

Serius dah lama x update. Serius. Bukan taknak update. Tapi sibuk. Busy. Ok. Entry kali ni nak cakap pasal semua yang berlaku sepanjang tempoh aku x update. Lebih kurang sebulan yang lepas. Ya, sebulan.

Sepanjang fasa kedua bulan julai xde apa2 yang menarik berlaku. Paling best pun dapat gaji. Ya, gaji. Gaji yang pertama. Tapi dah abis. Jangan nak meminta2 aku belanja korang. Aku boleh belanja. Tapi bayar guna daun. Agak2 orang kedai tu nak terima tak? So kalau agak2 diorang x terima, jangan nak mintak aku belanja.

7 Ogos 2010. Tarikh yang takkan dilupakan. Perkara paling besar yang berlaku pada tahun ni jatuh pada bulan ogos. Ya, ogos. Bulan yang menyaksikan aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Walaupun dapat skrol kosong je. X da isi kat dalam. Kecuali bila memory aku kena delete. Tahniah kepada kawan2 yang bergraduat. Terima kasih kepada family sebab datang pada hari tu. Semua datang. Terima kasih sangat2.

11 Ogos 2010. Hari pertama Ramadan. Maksudnya hari pertama puasa. Tahun ni dah masuk tahun ke-8 aku berpuasa di perantauan. Tahun2 sebelum ni aku berpuasa sebagai seorang student. Tahun ni aku berpuasa sebagai seorang pekerja. Tak ada beza. Cuma tahap keletihan tu lebih sikit. Tiap2 tahun berbuka bersama kawan2 ataupun sorang2. Kebiasaannya aku hanya dapat berbuka puasa bersama keluarga pada hujung2 puasa. Sebab aku balik kampung untuk raya.

12 Ogos 2010. Cukup sebulan aku kerja. Banyak benda dah dipelajari kat sini. Sangat banyak. Tiap2 hari ada benda baru yang dipelajari. Tambahan pula sekarang ni program CPDP dah start, so lagi banyak kerja dan ilmu yang akan dapat. Dan lebih organized. Lebih dari 30 assignment yang perlu disiapkan sebelum Disember. Masa sangat terhad. Perlu manfaatkan masa sepenuhnya.

15 Ogos 2010. Mendapat berita baik dari rumah. Arisya (anak sedara) sekarang dah jadi kakak. Kakak iparku dah selamat melahirkan sepasang kembar. Lelaki dan perempuan. Tahniah kepada abang dan kakak ipar aku. X sabar nak balik rumah. Nak tengok ahli keluarga baru.

18 Ogos 2010. Hari ni masuk hari ke-8 berpuasa. Setakat ni, semuanya berjalan lancar. Aku pun sudah mula memasak untuk juadah berbuka. Dah boring makan lauk kedai. Sekali sekala boleh juga berbuka beramai2 di luar.

Tak sabar nak tunggu minggu depan. Sebabnya? Tak boleh diberitahu. Tapi tak sabar. Memang tak sabar. Tapi masih kena sabar.

Thursday, July 15, 2010

update kecik je

arini dah 4 ari keje..
hari ni yang paling penat..
sangat!!
baju yang bersih selama 3 hari pun..
arini sangat kotor..
balik terus basuh..
takut keras pulak (sbb simen dah campur air hujan)..
hihihi..

Saturday, July 10, 2010

terKENANGan

dah seminggu aku kat umah kat kulim..
dah seminggu jugak aku tinggalkan housemate aku kat KL..

seminggu dah cukup buat aku terKENANG KENANGan hidup aku kat KL..

aku terKENANG susah payah kitorang berempat mencari rumah sewa..
sanggup pegi redah tempat2 yang x penah sampai sebelum ni pun..
setiap ceruk tempat pegi..
tapi syukur akhirnya dapat jugak rumah..

aku terKENANG hari2 pertama kitorang pindah masuk rumah..
dengan barang yang bertimbun2..
masa tu mati kutu sbb internet xde lagi kat umah..
sanggup pegi fac semata2 nak online..
tak kira siang malam..

aku terKENANG setiap malam turun makan kat kedai2 makan kat simpang depan tu..
naik moto xyah pakai helmet..
kedai makan boleh rotate2 giliran..

aku terKENANG aku kene duduk kat umah sorang2 bila sume pegi keje..
mati akal jugak sbb duduk sorang2..
nasib baik ada internet, tv sume..
xde la bosan sangat..

aku terKENANG berborak2 sebelum tido..
kadang2 bergosip..
kadang2 luahan hati..
kadang2 senyap sepi..

aku terKENANG semua KENANGan itu..
KENANGan bersama sahabat2 yang x mungkin dapat aku cari kat mana2..
mungkin aku yang paling terasa sbb aku yang paling "rapat" dengan rumah tu..
tiap2 hari aku ada dalam rumah, siang malam..

tapi semua itu KENANGan..
esok aku akan memulakan hidup aku di tempat baru..
seperti aku memulakan hidup aku di KL empat tahun dahulu..
cuma kali ini tujuan berbeza..
tetapi matlamat tetap sama..

Langkawi, bersedialah menerima kedatanganku..

Saturday, July 3, 2010

Lafarge: Episod Akhir

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya aku dapat jugak keja.. berbaloi jugak pegi interview banyak kali..

LAFARGE Langkawi! here I come.. 12 Julai start keje..

maybe pasni setahun sekali kot aku update blog.. kui3..

see u when i see u..

Aku menulis bukan kerna nama

Friday, June 25, 2010

Lafarge Final Interview (Episod kedua terakhir)

Assalamualaikum...

lama btol gua tak update blog nie yek.. takde mase la kengkawan..sejak dah menjadi suri rumah sepenuh masa ni, nak buat keje lain pun gua x sempat.. mesti ramai menunggu2 gua update kan.. (perasan ada orang baca blog gua)..

kali ni gua nak update pasal final interview Lafarge.. citer ni walopon dah agak berkurun lama, tapi suka hati gua lah kan.. nak kata berkurun tu takde lah sangat.. cuma baru sepurnama jek.. gua pegi interview tu 10 Jun 2010.. lokasi interview adalah di Pulau Langkawi!! yeee.. Pulau langkawi..

sebenarnye gua tak expect pun dapat final interview nih, sbb masa assessment workshop aritu, gua ni antara manusia2 yang menjadi model kat tepi + sengeh2.. dah macam nak masuk Miss World dah gua rase.. kui kui kui..

Gua bertolak dari KL jek..sbb barang2 dan dokumen gua sume ada kat rumah sewa.. so gua telah mengambil keputusan, gerak je dari KL.. gua naik flight direct ke Pulau Langkawi menggunakan flight Air Asia.. Waktu berlepas lebih kurang jam 4.10 camtu.. Masa penerbangan sepatutnya mengambil masa selama sejam.. tapi gua rasa disebabkan pilot tu dah boring asik fly ke tempat yg sama, maka beliau telah memecut laju kapal terbang tersebut.. hasilnye, gua selamat mendarat pada jam 5 petang.. kurang 10 minit dari waktu asal yek.. ohh lupe nak bagitau, gua pegi sehari awal..




sampai kat sana, gua amik teksi ntuk pegi ke kuartes pekerja.. rege boleh tahan jugak la.. RM30 mehh... abies duet gua.. ciss.. tapi seb baik duduk kat kuartes.. bilik VIP plak tu.. gua dapat bilik yang duduk sorang2..perghhh!! memang macam duduk hotel la.. tgk la gambar2 kat bawah ni.. gua bukan nak menganjing yek, gua tunjuk bukti skali nih.. hahaha..








hari interview.. gua punya sesi pukul 12 tgh hari.. sesi pagi kul 8.30.. sesi pagi ada 4 orang, sesi petang ade 4 orang gak.. so untuk 10 hb tu saje ade 8 orang.. esoknye ade lagi 3 orang camtu la.. totalnye 11 orang woo.. ramai mehh... kali ni baru betul2 interview.. seblom2 ni, buat test la, group assessment la.. so kali ni, baru la bercakap face to face ngan management.. gentar jugak la gua time tu.. dah la kene interview dekat2 sejam sorang..pegi jalan2 kat plant lagik..control room pun diorang bawak kitorang masuk gak.. memang macam dah konpem nak bagi keja lah!

dah abis interview sume dalam kul 4 lebih gak la.. gua trus mintak akak receptionist tu call teksi ntuk gua.. tapi gua tak gi airport trus.. sbb flight balikkul 9.10 malam.. buat apa gua nak melangut kat airport tu lelame ye dak.. so gua pun pegi la jenjalan kat pekan kuah.. sumpah boring bila jalan sorang2!! dah la dengan pakai baju kemeja nyer, seluar slack nyer, kasut itam nyer.. perghh memang orang pandang laa.. dah penat jenjalan, baru la gua amik teksi skali lagi gi airport..

sesampai je airport, gua trus salin baju.. pakai t'shirt ngan jeans.. x tahan gua nak pakai baju kemeja tu.. rimas gile kot.. tunggu punya tunggu, tetibe flight gua delay sejam.. shit!! dah la bosan gampang kat airport nih..kene tunggu lagi sejam plak.. tapi x leh nak buat ape la kan.. kene la tunggu gak.. then lebih kurang kul 10.15 cmtu baru la boleh naik flight.. dah naik tu ape lagi kan, trus la tido... gua dah letih kot.. bior le orang sebelah nak buat ape, janji x kaco gua tido..sedar2 dah nak landing da.. lebih kurang 11.30 cmtu..






then gua amik plak bas ntuk kl sentral, sejam lagik plak naik bas.. hadoih.. tido lagi la jawabnye.. sampai je kl sentral, gua roger sham suh amik gua.. sian gak nak kaco dia sbb esoknye dia keja..tapi nak buat camne kan, gua nak balik naik ape lagi, dah dekat kul 1 kot.. naik teksi memang kene payung la..so sampai je umah, gua trus siap2 nak tido..penat kowt.. sumpah penat.. esoknye baru la sesi bercerite kat kawan2.. dan arini baru la sesi bercerite kat blog.. kui kui kui..

ok la tu je gua nak cerite.. memang sangat detail dan terperinci yep.. ade lagi satu post gua nak buat..tapi nnti la dulu.. menawhile, korang buat la keja ape yg patut yep..

sekian...

Aku Menulis Bukan Kerna Nama

Monday, June 7, 2010

and the award goes to...

Tanggal 1 Jun 2010 yang lepas, genaplah usiaku yang ke-22..xde celebration yang dibuat..tapi aku x kisah sbb mmg dari dulu x buat celebration pun sbb tarikh lahir aku ni seringkali jatuh pada musim cuti sekolah @ cuti semester.. kalu ade pun lepas balik cuti baru kwn2 celebrate..namun aku tetap bersyukur kerana usiaku masih ada di bumi ciptaan tuhan ini.. masih ada waktu untuk aku beribadat dan memainkan peranan sebagai khalifah di bumi ini..

banyak ucapan selamat yang aku terima melalui facebook.. aku sangat2 terharu sbb ramai kwn2, sahabat handai, sedara mara yang mengucapkan selamat.. x kisah la diorang tahu sbb birthday notification atau dari mane2 je kat facebook tu.. yang penting diorang wish jugak.. terima kasih banyak2..

okeh, dalam banyak2 wishes yang di post kat wall aku, aku nak bagi anugerah sket..hehe..

anugerah ucapan terawal dan yang pertama

Shalina Mohd Salleh Yang Ariffff...in advance your birthday wishes...Happy Birthday Arif...May all the happinest and wealth will always be with you. Good Luck and All the BEST in what ever you do.

anugerah ucapan terbaik

Muhammad Adi Khairi Zulkifli yang arif, saya mewakili seluruh kru mahkamah, dari kandang saksi hingga ke belakang palang lokap, ingin mengucapkan selamat hari lahir!!! bagi diskaun hukuman sket!!!

anugerah ucapan hampeh

Muhammad Shahimi aripah a/l batumalai...hepy birthday wawawa

anugerah ucapan tersirat

Poshy Arzared yang arif,,,
selamat hari jadi yang amat sangat~
hehe... semuge muke anda tidak cepat berkedut sempena penambahan usia ini =)
w00ots w00otsy~

anugerah ucapan perasan

Ithnaini Suhaimi arippppp!!!!!!!!!! selamat memanjangkan umur ko eventho ko tetap takleh lawan kitorg yg senior dan matang dan berdedikasi ni..adiosss!!

Siti Nurshilasuhaidah Husain arip...eppy birthday...kite sebaya ...hahhahahaah

anugerah ucapan terpendek

Akmal Azam hepy bday~

Ra Khadir epys bday!

anugerah pengucap terbanyak

Krl's Silencer aku ucap hepi besday awal sehari kat ko.. advance sikit.. huu

Krl's Silencer selamat ari jadi weh.. selamat ari jadi!!

anugerah ucapan favourite

Norfadhillah Mahdah hepy bday arep!!!!!!!!!!!!!!!! stay macho!!!!!hihi=)

Izzat Farid Narzari happy bday abg macho!

anugerah ucapan berunsur jahat

Mohd Suhaili Sabree hepi befday..siap la kau wahai arif..akan ku pgl bala tentera dtg melawat.haha

Zulkarnain Jalauddin ذو القرنين Heppy bday..bla nk alik,telur n tepung dh ada ni..:-)

Maamin Kaka hepi besday arif....bila la ko nak kena telur ngan tepung ni???tyme tu aku lak nak jadi cameraman...hehehe

******************************************************************************************************************

demikianlah tadi anugerah2 yang telah disampaikan.. tahniah buat para penerima anugerah.. kepada yang tidak berjaya, tahun depan cuba lagi..


Monday, May 24, 2010

Langkawi! here i come!

And someday I know it'll all turn out
And I'll work to work it out
Promise you, kid, I'll give more than I get
Than I get, than I get, than I get

tepat jam 3.07 petang, aku dengar lagu kat atas nih.. ghupe2nye henpon aku yang berbunyik.. tengok nombor, xde nama..nombor area KL.. aku pun jawab la dengan tanda soal sape agaknye di hujung talian..

caller: hello, may i speak to mr arif?
me: yes, arif speaking.
caller: poh sim here.
me: oh yes? (dalam hati aku dah berbunge2..poh sim?? lafarge??)
caller: we would like to invite you for the final stage interview in Langkawi.
me: oh really? when is it?
caller: 10th of june..
..
..
..
..
..
coversation continues...

alhamdulillah..aku dapat ke final stage..unexpected sebenarnye..sbb masa group assessment aritu pun main2 jek..x yakin sangat.. bersyukur jugak la dapat peluang terakhir nih.. menurut Miss Poh Sim tadi, flight ticket boleh claim kat diorang, so skang ni depends kat aku either nak fly dari KL ataupun Penang..

aku masih menunggu emel dari Poh Sim untuk semua details..tapi x smpai2 lagi pulak.. so tulis post dulu la..hehe..

itu je aku nak update..nnti pape perkembangan aku post lagi.. see ya!!

Sunday, May 23, 2010

5 Stories

haihhh.. so many things to story.. tapi malas nak menaip..how??plus menunggu streamyx yang x masuk2 lagi kat umah sewa.. nak buat entry pun rasa malas..okeh let me story 1 by 1.. slow2.. nanti serabut pulak banyak2..

1. first of all, aku dan beberapa kawan aku dah menetap di sebuah rumah sewa di pantai.. Apartment Pantai Indah yang luarannya tidaklah seindah nama.. Lokasi apartment tersebut adalah di kampung pantai dalam..(nama je pantai, tapi jangan harap nak jumpe pantai mahupun pasir pantai kat sini ok).. asalnya kitorang duduk berempat saje..tapi hari ni masuk lagi sorang..so jadi berlima la, itupun nak kene bagitau ke?hahha.. =P

2. last week aku ada attend 2 interview untuk keje.. satu dekat Port Klang, satu lagi kat Chemor (teringat iklan dulu2).. yang kat port klang tu company prosonic.. kilang buat audio systems..sepatutnya by this week diorang cakap dapat tau result, tapi so far xde pape perkembangan lagi la.. yang kat chemor tu plak company Lafarge.. buat simen.. kali ni interview dalam bentuk group assessment..very2 tough..sangat bersaing calon2 semua..dan first time dapat masuk simen punya plant.. sekarang ni hanya mampu berdoa je la..tunggu kot2 ade sangkut..










3. tesis dah settle semua..presentation berjalan lancar..moderator sangat baik tak macam semester lepas..sangat2 kejam.. jilid pun dah settle.. sekarang hanya menunggu official result (dah tau dapat ape,cume nak konfemkan jek T_T)





4. kelas 3P dah abis da..yeahoo.. exam pun dah lepas.. tunggu nak dapat sijil je.. one thing that i'm gonna missed is pengajarnya.. puan shalina.. sangat2 sporting dan best.. satu2nya cikgu yang x kasi study kat umah..suh rehat jek.. tapi semuanya berbaloi.. kitorang semua lulus dengan jayanya!! thanx puan Shalina..





5. hari selasa ni aku nak balik kampung..yippie!! dah lama x balik.. last balik masa chinese new year aritu..bulan 2 x silap.. balik untuk melepaskan rindu kat semua yang ada.. ingat nak balik lama sikit, sbb my sis nak bertunang on 5/6/10.. so i'm gonna be the photographer.. lepas dari tu baru balik KL semula..

hmm..ok la smpai sini je dulu.. mata dah pedih2 dah ni, mulut dah berpuluh kali menguap..jari dah penat menaip.. until then, see ya!!

Monday, May 17, 2010

BBQ EE

hari jumaat lepas, telah berlangsungnya majlis BBQ buat kesekian kalinya untuk budak2 letrik batch 2006/2007..tempat berlangsungnya majlis adalah di rumah zahirah khalid yang tersergam indah di kelana jaya.. seramai 20++ peserta telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang diadakan pada sebelah malam. Majlis dimulakan dengan upacara memanggang chicken wings yang sangat2 lazat. Makanan sampingan yang lain adalah sosej-mosej dan spaghetti yang sedap2 belake..

maybe this is the last time gathering untuk budak2 EE tahun ni.. lepas ni semua dah sibuk keje dan duduk jauh2.. sekali lagi nak jumpe pun mase konvo nanti je kot.. rase sangat sedey sbb dah x dapat jumpe kawan2 sume, lepak2 skali..

kat bawah ni aku selitkan la beberapa keping gambar malam tu.. ini semua sebagai kenangan kita semua.. until our next gathering.. see ya and good luck guys!!









Saturday, May 8, 2010

Feedback Lafarge Attitude Test

ingat lagi x post aku pasal Lafarge Attitude Test (Ability Test sbnrnye) yang aku penah citer kat sini dulu.. ala ade dalam 3-4 post sebelum ni.. so tadi aku ada dapat feedback dari diorang thru email.. ni isi kandungan emel tu:

Dear Candidates

Congratulations! You have passed the Ability Test.

And now, we are please to invite you to the 2nd stage, which is the
Assessment Workshop. This is a one day event where you will be
participating in the simulation activities and business games.
The details of workshop are as follows:

Date : 20 May 2010 (Thursday)
Time : 9am - 4pm
Address: Associated Pan Malaysia Cement Sdn. Bhd.
Kanthan Plant
Batu 13 1/2, Jalan Kuala Kangsar
31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05 - 201 1202 / 3

Appreciate if you could confirm your attendance for the interview session
before 11 May 2010.

skang ni aku dalam dilema..nak pegi ke x nih.. sbb aku ada kelas 3P sampai 21 Mei which means tarikh workshop ni masih di dalam jadual kelas 3P.. and then lagi satu, tempat tu kat Kuala Kangsar..camne aku nak gi sane?? nak naik bas, boleh, tapi kat mana aku nak gi??aku mana tau tempat2 kat perak tuh.. tapi dalam hati aku still ada rasa nak pegi sbb dalam kitorang ber-4, aku sorang je x dapat keje lagi..so aku dah ade peluang utk dapatkan keje..

hurmm..camne eh skang..nak pegi ke xnak..nak pegi ke xnak...

**Alhamdulillah, aku bersyukur sbb aku lepas test tu..cuma sekarang dalam dilema nak pegi ke x je..

Thursday, May 6, 2010

Serius

Alhamdulillah…. Selesai jugak semua kelas dan exam sepanjang 4 tahun aku kat UM nih.. tapi masih ada lagi satu perkara penting yang perlu diselesaikan sebelum aku boleh menunggu untuk menggenggam segulung ijazah.. perkara tersebut adalah final presentation untuk tesis.. insyaAllah presentation akan berlaku pada 11 Mei 2010 (selasa).. turn aku adalah pada jam 3 petang, yakni aku adalah orang2 terkahir present.. harap2 semuanya berjalan dengan lancar…

Hari isnin ni bermula la kelas untuk Kursus 3P (Program Pentauliahan Profesional) yang ditaja oleh government Malaysia… aku akan menghadiri kelas tersebut selama 12 hari untuk belajar dan mendapatkan sijil pentauliahan bagi kursus Microsoft Office Project..

Disini aku nak mengucapkan tahniah kepada kawan2 aku (SHAM, ZUL, ELIE) sbb dah dapat kerja.. so korang ber-3 mmg dah confirm duduk sini la kan.. jadi aku pun ingat nak stay sini jugak ntuk cari keja.. doa2 kan la aku cepat dapat keje yek..bila masa kita nak mencari rumah untuk disewa?? Skarang dah masuk bulan 5 dah..

Ok sampai sini saja untuk kali ini..next time aku update lagi..xda story la skarang ni..

**kenapa aku rasa entry ni macam serius semacam jek??